14 Mac 2009

Produk IKS (Usahawan)


Kuih Benderang


Kampung Kubang Bemban sangat popular dengan kuih benderang. Kuih tradisional ini di buat secara besar-besaran di kampung ini. Salah seorang pengusaha kuih ini ialah Hjh. Napisah kadir. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak 1997. Pada mulanya beliau membuat perusahan ini secara kecil-kecilan di rumah dan apabila perniagaan beliau semakin maju beliau membuka sebuah bengkel bagi memudahkan beliau melakukan proses-proses pembuatan kuih ini. Beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian untuk menbina bengkel ini. Sebelum kuih-kuih ini di goreng, beliau akan menghancurkan beras-beras untuk dijadikan tepung. Dua orang pembantunya akan menghancurkan beras-beras tersebut dengan menggunakan mesin penghancur beras. Selepas beras-beras tersebut bertukar menjadi tepung, beliau akan menguli tepung-tepung tersebut yang dicampurkan dengan gula putih dan juga gula merah. Selepas siap diuli, beliau membentuk kuih-kuih tersebut seperti kuih donut. Kemudian, beliau akan menggoreng ke semua kuih-kuih yang dibentuk tadi ke dalam minyak panas dan digoreng selama satu hingga lima minit. Setiap hari beliau akan menjual lebih daripada 100 kuih dan keuntungan yang diperoleh di antara RM 200.00 hingga RM 300.00 sehari.

25 Februari 2009

Pasar Tani

Berhampiran dengan kampung Kubang Bemban ini juga terdapat kegiatan masyarakat setempat disini iaitu menjalankan perniagaan di pasar tani.Pasar Tani ini akan dibuka pada setiap hari rabu dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Pelbagai keperluan harian boleh didapati disini contohnya buah-buahan, pakaian dan pelbagai lagi keperluan harian lain.

Add Image

Asal usul Kg Kubang Bemban


Asal usul Kampung Kubang Bemban adalah dikaitkan mengenai pokok bemban yang hidup melata di kawasan paya(kubang) satu masa dahulu.Oleh yang demikian pihak kampung ini telah membina satu kolam ikan di depan PPIK ini dan ditengah kolam tersebut diletakkan pokok bemban untuk menjadikannya sebagai satu simbolik mengenai asal usul kampung kubang bemban ini.
PPIK KG.KUBANG BEMBAN © 2008 Template by:
SkinCorner