14 Mac 2009

Produk IKS (Usahawan)


Kuih Benderang


Kampung Kubang Bemban sangat popular dengan kuih benderang. Kuih tradisional ini di buat secara besar-besaran di kampung ini. Salah seorang pengusaha kuih ini ialah Hjh. Napisah kadir. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak 1997. Pada mulanya beliau membuat perusahan ini secara kecil-kecilan di rumah dan apabila perniagaan beliau semakin maju beliau membuka sebuah bengkel bagi memudahkan beliau melakukan proses-proses pembuatan kuih ini. Beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian untuk menbina bengkel ini. Sebelum kuih-kuih ini di goreng, beliau akan menghancurkan beras-beras untuk dijadikan tepung. Dua orang pembantunya akan menghancurkan beras-beras tersebut dengan menggunakan mesin penghancur beras. Selepas beras-beras tersebut bertukar menjadi tepung, beliau akan menguli tepung-tepung tersebut yang dicampurkan dengan gula putih dan juga gula merah. Selepas siap diuli, beliau membentuk kuih-kuih tersebut seperti kuih donut. Kemudian, beliau akan menggoreng ke semua kuih-kuih yang dibentuk tadi ke dalam minyak panas dan digoreng selama satu hingga lima minit. Setiap hari beliau akan menjual lebih daripada 100 kuih dan keuntungan yang diperoleh di antara RM 200.00 hingga RM 300.00 sehari.

0 ulasan:

PPIK KG.KUBANG BEMBAN © 2008 Template by:
SkinCorner